***Mode cakap utara is ON***
Dah lama cheq tak pi Cameron nih! Tiba-tiba rasa nak pi & adik cheq yg 2 org tu pun kata nak pi jugak.. so apa lagi, Ahad lepas kami pi sana lah! Kereta cheq buleh muat 4 orang (kalau nak selesa lah.. kalau nak menyempit, buleh ja masuk sorang lagi, tapi cheq tak mau pasai nanti tak buleh tidoq ngan best dlm keta.. ekekekek), jadi cheq ajak lah kawan cheq sorg ni join pasai Pip tak dapat join, dia dok ada kat Melaka time tu.
Cheq malaih nak drive, so adik cheq la yang drive (matilamak mode mak datin & bimbo tetiber.. hikss). Pening tak tau nak kata lah pasai kitorang ikut jalan yang exit Tapah tu. Haiyooo!! Rasa mcm nak terkeluaq la semua isi dalam perut ni, tapi nasib baik la tak keluaq. Kalau keluaq, naya semua org dlm keta tuh! Heee..
Hmm.. jom la kita tengok gambaq2 yang cheq sempat amek tu. Hangpa jgn heran no pasai banyak gambaq makanan.. hehehehehe.. :P
First stop lepas pening naik Cameron. The Tea House. Kami lepak minum teh sambil tengok permandangan ladang teh. Kat sini panas lah!! Sangat tak sesuai utk depa2 yg merasa mual macam cheq! Hiakkkk!! :P
Gambaq kenangan kat ladang teh. Cheq senyum paksa tu pasai perut mmg rasa tak sedap wawawawawawa!!! :P
Pi tempat cactus. Cheq beli set cactus skali ngan bekas ni letak kat dalam umah. Cantik tak? Cantik tak? hehe..
Then pi one of the atrawberry farm there. Kat situ kita buleh petik sendiri strawberry. Minimum 2 orang petik 1.5kg bayaq RM25, tapi cheq tak pi pasai malas & rasa macam takkan dpt petik strawberry yg manis ekekekek.. *strawberry sini masam la uollss!* Jadi kami jalan2 sikit2, then minum & makan kek & tart strawberry.. heeee.. yummyyyy!!
Love fruit or dalam bahasa melayu, buah cinta. Hiksss! Orang tu kasi cheq rasa, sedap jugak masam2 manis. So cheq pun beli la sekilo.
Pastu, kitorang pi kat pasar tani kat situ. Depa jual macam2! Seronok tengok! Ni ialah cendawan & sayuran goreng. Cheq beli ni jugak, sedapppp!!! :D
Haaa.. hat ni wajib beli lah! Pasai pasar tani tu dah nak tutup, aunty tu offer kat cheq satu bekas container penuh tu RM25 ja.. So bila dia boh dlm bekas plastik besaq tu, dapat la 4 bekas penuh ngan strawberry! Mmg berbaloi-baloi lah! Cheq sukaaaa! :D *cheq pun ada jugak beli sayuq2 yg best2 yg cheq suka..
Tu diaaaa! Bebola ubi/keledek madu. Orang yg jual tu kasi cheq rasa. Sedap jugak, tapi cheq tak beli pasai dah dapat rasa eheheheh.. jahat tak?!
Ni adalah satu lagi strawberry farm. I would say farm yang ni adalah yang paling selesa dan bersih. Tapi jalan nak keluar dari parking sangat horror yerrrr.. Bukit curam huahuahua!! Rasa mcm Vios cheq tu tetiba ja jadik roller coaster.. hiksss!
Kat sini ada tanam banyak macam2 salad. Adik cheq pi beli yg salad (all u can eat buffet style) RM4.90 ja! Sedap! Sangat la fresh!!! *tiap2 hari mkn salad, buleh kurus!! heeee..*
Lepas dah penat, kitorg singgah pulak kat satu lagi ladang strawberry, but the place is so dirty & tak best. Jadi kitorang pun beredar ke tempat jual teh. Cheq beli la jugak teh nak kasi mama ngan ayah nanti, buleh depa minum nanti bila depa mai sini next 2 weeks.
Then, singgah kat tempat jual sayur & fresh flowers. Yayyy! Cheq suka part ni! Tengok la gambaq bunga2 kat bawah ni. Kalau la mama cheq ada time tu, habis la penuh bonet keta cheq ngan pokok2 bunga orkid tu.. heeee..
Banyak lagi tapi malas nak amek gambaq banyak2.. :P
Cheq beli 2 dozen pink roses ni letak atas dining table. Cantik kan!! Heee.. cheq suka lagik! :D
Hala balik, singgah kat ayaq terjun Lata Iskandar. Cheq yg drive time ni pasai tak mau pening kepala eheheheh.. sian 2 adik cheq kena dok belakang pastu depa pening kepala.. muka pucat whakakakak! Tapi kat highway, cheq kasi depa drive pasai cheq nak tidoq.. penaaatttt! heee..
Sebelum masuk highway Tapah nak balik tu, kitorang singgah utk dinner (dinner awal kul 6 hehe) kat Intan Tomyam Seafood (dekat betul ngan simpang nak masuk highway tu) Restoran ni ok jugak, best & harga pun berpatutan. Kualiti makanan pun buleh tahan!!
After makan, kitorang pun bertolak la balik Shah Alam. Penat tapi enjoy!! Nak tau tak apa yg cheq buat ngan strawberry yg banyak tuh? heeee... Nantilah cheq habaq kalau projek tu menjadi okay! ;)
Angel Number 1818
1 month ago
0 comments:
Post a Comment