Pagi tadi, satu kejadian yang menyayat hati telah berlaku. Hari ini dalam sejarah, aku telah melanggar pagar automatik rumah aku sendiri.
Aku dalam keadaan yang sangat 'rushing' pagi tadi kerana aku dah lambat. Seperti biasa, aku hidupkan enjin kereta aku dulu sebelum kembali ke bilik untuk mengambil beg dan barang-barang lain. Aku fikir semua dah ok, jadi aku kembali ke kereta untuk memulakan perjalanan ke ofis. Tapi.. ooopppss, aku lupa. Rupa-rupanya laptop aku masih di dalam bilik. Jadi aku pun keluar dari kereta untuk mengambil laptop.
Sekembalinya aku ke kereta, aku pun mula me'reverse'kan (apa reverse dlm bahasa melayu ek?.. gostan ka? undur ka? paham2 ja la yer..) kereta aku untuk keluar dari garaj. Tiba-tiba.. BOMMMMM!!!!! Kedengaran bunyi perlanggaran yang sangat kuat hingga membuatkan aku sangat terkejut. Boleh dikatakan aku 'terkejut beruk' lah! Dalam kepalaku waktu tu, oh.. aku telah melanggar pintu pagar kerana aku lupa untuk menekan butang remote yang membolehkan pintu pagar itu terbuka. Yang menjadikan aku keliru sampai sekarang ialah, aku tidak keluar dari kereta sebaik sahaja perlanggaran itu berlaku. Aku terus menukar gear untuk kehadapan, lepas tu menekan remote supaya pintu pagar terbuka, dan aku terus me'reverse'kan (sekali lagi apa reverse dalam bahasa melayu.. huhu.. aku sangat serabut sekarang) kereta untuk keluar.
Sila bayangkan pokok itu sebagai pagar rumah yer.. Sebab yang aku langgar adalah pagar, bukannya pokok.
Sebelum sempat aku nak memandu terus, aku nampak jiran selang sebelah rumah aku (ada kakak ni yang sangat la peramah, sampai kadang2 aku tak larat nak layan ramah dia. Tapi dia ok la, baik hati jugak) senyum dan tanya "kenapa" kat aku. Aku pun senyum kelat dan menjawab, "Saya terlanggar pintu gate tu. Nak cepat tadi, sampai lupa nak bukak". Belum sempat aku nak menyambung lagi ayat, kakak tu pun tunjuk dengan jari telunjuknya pintu pagar aku sambil berkata, "Cuba tengok tu. Dah pecah tiang batu tu.." Mendengarkan kata-kata kakak tu, aku sepantas kilat keluar dari kereta. Ya Allah, kuat betul aku langgar tadi sampai pecah tiang batu tempat 'mounting' auto gate tu!! Aku yang risau auto gate aku rosak, terus men'test' (apa test dalam bahasa melayu.. Ahh! Aku serabut lagi!..) sambil menekan-nekan remote. Alhamdulillah, pagar tidak rosak & cylinder (apa cylinder dalam bahasa melayu?.. Ahhh, bosan aku terusan serabut gini..) pagar masih boleh berfungsi. Kesimpulan yang dapat aku buat (tak sia-sia aku belajar kujuruteraan dulu..), sistem pagar auto aku masih dalam keadaan baik, cuma mounting sahaja yang harus dibaiki. Begitu juga tiang pagar batu itu.
Setelah kesimpulan dibuat, aku terus masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan aku ke ofis. Macam-macam perasaan yang aku rasa sepanjang perjalanan ke ofis tu. Antara perasaan yang aku rasa:
1) "Matilaa aku lambat ke ofis hari ni"
2) Rasa sesal kerana aku tidak menekan remote pagar sebelum 'reverse' kereta
3) Rasa marah pasal aku sangat 'careless' (Ah! CUAI dalam bahasa melayunyer)
4) Rasa marah kerana aku lambat pagi tadi yang membuatkan semua itu terjadi
5) Rasa sedih kerana aku telah merosakkan harta aku sendiri (kereta & pagar tu) - semua tu hasil titik peluh aku sendiri okeh!!! Hasil usaha aku sendiri, tidak ditaja oleh mana-mana 'sugar daddy' okeh!! (apa dalam bahasa melayu?.. BAPA GULA)
6) Rasa sebak kerana tidak dapat menerima ke'careless'an yang aku kira sangat bodoh pagi tadi.. huhuhuuu..
Apabila sampai ofis (aku lambat 2 minit yerrr.. aku punch pukul 8.02am huahuahua..), aku jadi makin sedih dan tertekan apabila mengenangkan 'workstation' (apa dalam bahasa melayu neh?.. stesen kerja ek?..) aku yang masih tidak boleh digunakan. Bermakna, kerja aku lagi banyak tertangguh! Heh, rasa nak menangis pun ada. Sehinggakan aku menjadi sangat 'emo' (emo dalam bahasa melayunyer, errmmm.. lu pk la sendiri..!) apabila kawan sekerja aku mengatakan beli workstation baru lebih baik daripada mintak technician datang check. Aku terus memancung statement beliau dengan statement ini.. "Kita check la dulu apa problemnya, baru la boleh buat conclusion. Takkan problem tak tau, dah nak beli workstation baru. Workstation baru ratus-ratus ribu, bukan seringgit dua ringgit jer.." Aku dapat merasakan suasana diam seketika setelah aku mengeluarkan kenyataan itu, sehinggalah bos aku menukar topik meeting. Betul apa statement aku? Mana boleh kita judge sesuatu sebelum membuat siasatan.
Apa-apa pun, aku tak boleh terus bersedih. Semua yang berlaku ada hikmahnya kan! Yang penting, aku selamat dan belajar dari kesilapan. Jadi, selepas ini aku harus lebih berhati-hati & yang paling penting, baca Bismillah sebelum pandu kereta *tapi, aku selalu baca bismillah & doa sebelum memandu, tetapi pagi tadi.. huh.. entah lah. Dah nak jadi kan.. Cakap apa pun dah tak berguna huhuuu..*
Angel Number 1818
1 month ago
3 comments:
Hikks....awat rasa mcm bahsa Mizz Zazabamm kat sini bunyi ala-ala poyo kan??Hheheheh
Hmm..takpe..jgn emo sangat hoccay. Alhamdulillah kecederaaan pada tiang anda tak terlalu besar. Dan kereta pun alhamdulillah takdak rosak...
Pelan-pelan buat keja di pagi hari OK..Jgn kalut, bangun awal sket takpun prepare menda2 nak bawak pegi opis awal2 time malam before tido.
Sekian nasihat kawan hang:)
Kalo ala2 rasa emo gak meh dtg rumah cheq tolon makan cheq masak
Dugaan.. cheq redha.. :)
datang makan?! BULEH!! makan2 sambil main2 with mimi.. me loikee
Zaza...relax no..ceq pon pernah langgaq pagaq tp bukan pagaq oto..pagak selak.. dah bukak tp angin tiup tertutup..sekali gostan terus gedegang.. kereta jer cedera..pagaq ok.. kecederaan pertama kereta baru ku!!
Post a Comment